Program Nilam


PENGENALAN

NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan di peringkat kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang dengan melibatkan semua murid sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
  • Memperbanyakkan bahan bacaan dengan tahap perkembangan pelajar.
  • Mengenalpasti dan melahirkan tokoh pelajar yang banyak membaca,berketerampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
  • Menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian gaya hidup.

KONSEP NILAM

N            Nadi

IL            Ilmu

A             Amalan

M            Membaca

 TAHAP PENCAPAIAN PROGRAM NILAM

Tahap Jauhari :-

Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat.Semua pelajar sekolah menengah diwajibkan mengikuti program galakan membaca Tahap Jauhari.

Berikut ialah contoh sifir bacaan minimum yang boleh dicapai pelajar sehingga akhir tahun persekolahan (Tingkatan 1-5).

18=Pinjaman buku dua minggu sekali bagi 36 minggu dalam setahun ialah minggu persekolahan tidak mengambil kira minggu aktiviti sukan dan peperiksaan.


NOTA

Pelajar Tingkatan 3 dan 5 anggap mempunyai peluang pada 6 bulan pertama untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua.


TAHAP RAKAN PEMBACA(RP)

  • Setelah membaca 100 buah buku,pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
  • Pada Tahap Rakan Pembaca ini,aspek kepimpinan diutamakan dengan memberi penekaan kepada kebolehan murid membimbang dan menarik minat orang lain supaya suka membaca.
  • Pelajar mendapat bimbingan dari guru 
  • Pelajar menjalankan aktiviti bercerita,membaca bersama,keluarga dan jiran
  • Setiap aktiviti akan diberikan markah seperti berikut:

1.             Bercerita :- (1 sesi x jum.Pelajar maksimum 5 markah )
2.             Membaca bersama :- (1 sesi x jum.Pelajar maksimum 5 markah )
3.             Bicara buku :- (1 sesi x jum.Pelajar maksimum 5 markah )
4.             Meminjam buku :-( 1 sesi x jum.peminjam 1 markah )

PENGIKTIRAFAN

Jumlah Bacaan
Ganjaran
72 - 143
Gangsa
144 - 215
Perak
216 - 287
Emas
288 - ke atas
Nilam


TOKOH NILAM

Saudara Shairel Nizam Shah bin Norman Shah telah menjadi Tokoh Nilam sekolah dan dipilih untuk mewakili sekolah dalam pencalonan Tokoh Nilam Negeri Melaka 2011. Semoga beliau berjaya mengharumkan nama sekolah.

No comments:

Post a Comment