Maklumat Sekolah

VISI SEKOLAH

SMKA Tun Perak Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2015

MISI SEKOLAH
  • Membentuk persekitaran kondusif ke arah budaya ilmu cemerlang yang berasaskan penghayatan Islam
  • Pencapaian 100% lulus dengan memperoleh 50% semua A dalam PMR dan 20% semua A dalam SPM
  • Membina generasi pelajar yang berkualaiti tinggi dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
OBJEKTIF SEKOLAH
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, menarik dan kondusif.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
  • Menyediakan kemudahan fisikal yang mencukupi dan boleh digunakan dengan baik.
  • Menyediakan perkhidmatan para guru dan staf yang cemerlang dan mengutamakan pelanggan.
FALSAFAH SEKOLAH

Kesempurnaan setiap insan boleh dibentuk melalui ilmu dan kemahiran bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ‘Khalifah’ di muka bumi.

Oleh itu, SMK Tun Perak sentiasa berusaha secara menyeluruh dan bersepadu untuk memartabatkan kecemerlangan dalam semua bidang seiring dengan Wawasan Negara demi kemuliaan agama dan bangsa.

ETOS SEKOLAH
IKLIM DINI BUDAYA KEISLAMAN
Berakhlak Mulia
Berpakaian Sopan
Menepati Masa

PIAGAM PELANGGAN
Kami guru-guru dan kakitangan SMKTP dengan penuh tekad dan ililtizam berjaji untuk:
Membangunkan potensi yang ada pada diri setiap pelajar dari segi jasmani, emosi rohani dan intelek
Melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, prihatin dan penuh kasih sayang.
Menunaikan hasrat ibu bapa untuk membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang seimbang
Membentuk suasana fizikal sekolah yang kondusif dengan pembelajaran  “Sekolah Dalam Taman”
Memberi perkhidmatan yang mesra, cekap dan cepat.
Menjadikan sekolah Menengah Kebangsaan Tun perak sebagai sebuah sekolah yang dapat memenuhi kehendak masyarakat.

IKRAR SEKOLAH

Kami Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak
Akan Sentiasa Mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun Negara
Dan Berjanji Pada Setiap Masa Akan:
Menghormati Guru-Guru, Ibu Bapa Dan Rakan-Rakan
Mematuhi Peraturan-Peraturan Sekolah, Mengamalkan Budaya Ilmu
Bergiat Cergas Dalam Akademik Dan Kokurikulum
Menjaga Nama Baik Sekolah Dan Sentiasa Berdisiplin

LAGU SEKOLAH : MAJU TUN PERAK

Berjaya Sekolah Tun Perak
Sudah Ternama
Mendidik Kami Sepanjang Masa
Penuhi Hasrat Untuk Negara
Agar Menjadi Insan Sejahtera
Pembela Nusa Kita

Maju Terus Maju Tun Perak
Capai Wawasan Negara
Maju Terus Maju Tun Perak
Pelahir Pejuang Bangsa

Kami Berjanji Mencurah Bakti Untuk STP
Tekun Berusaha Sepanjang Masa
Insan Cemerlang Di Hari Muka
Maju Tun Perak Budi Mu Guru
Tiada Kan Kulupa

LENCANA SEKOLAH

  • Al-Quran dan Rehal adalah simbol kepada sekolah aliran agama dan Islam sebagai tunjang kehidupan.
  • Masjid menjadi lambang kekuatan perpaduan ummah.
  • MSC merupakan maklumat untuk memperluaskan pengetahuan.
  • 1965 merupakan tahun SMK Tun Perak ditubuhkan dengan nama asalnya Sekolah Menengah XIX Jasin.
  • Obor dan Tangan serta Tiga Bulatan Sukan melambangkan semangat kesukanan yang menjadi nadi pengerak kepada kegiatan kokurikulum sekolah. Enam Sayap pula adalah enam rukun Iman yang perlu dihayati.
  • Perkataan "Maju Terus"  sebagai motto sekolah.
  • Warna Ungu sebagai kekuatan dalaman diri  warga SMK Tun Perak dan  Warna Kuning   bermakna kedaulatan  Raja dan Negara.

  
BENDERA SEKOLAH

  •  Warna Kuning : Melambangkan kedaulatan raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukunegara yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar. Pelajar mempunyai peranan penting dalam mendukung disiplin dan peraturan sekolah agar menuju ke arah kecemerlangan.
  •  Warna Ungu : Melambangkan kecekalan, ketulusan, keikhlasan, dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mencapai cita-cita untuk berjaya dalam bidang pelajaran. Setiap pelajar mempunyai satu tujuan yang sama bagi mencapai apa yang dicita-cita dalam menuntut ilmu.
  • Bulat Putih : Melambangkan sekolah bersih dan para pelajar belajar dalam suasana yang harmoni. 



No comments:

Post a Comment